Wednesday, August 18, 2010

Perjalanan membuka pancaindera tersembunyi

Untuk sekian lama
mencari dan terus mencari
isi dan intipati diri sendiri

1000 kesyukuran dipanjatkan
pada maha yang esa
pencipta segalanya
membuka isi hati yang lama menyepi
menemui jalan
yang kian lama dinanti

akhirnya telerai segala
walau ia baru saja bermula
indah di dalam bulan yang teramat mulia ini
sudah pasti
mengorak dan mencorak segala yang sebelum ini
lari dan tidak berkemudi
alhamdulilah..
alhamdulilah..

Monday, July 19, 2010

sampai seru menulis kejahatan
.......................................................
.......................................................
.......................................................
.......................................................
.......................................................
.......................................................

........................................................
........................................................
..................
@#%###****#@#@#@#
kau tidak pernah serik!!!

Tuesday, July 6, 2010

30 saat masanya

30 saat tertidur
30 saat terjaga
30 saat mencari cinta
30 saat buang cinta
30 saat untuk semua ada
30 saat untuk yang hilang

Disaat itu hanya mimpi
Diakhir Kata Hanya terjaga
Apa maksudnya
Apa tersiratnya

Monday, June 28, 2010

Kawan

Kawan
bukan untuk sementara bicaraku
bukan untuk sakiti hati nalurimu
hanya untuk selama kita bersama
menyelami segala permasalahan
yang aku tidak benarkan
kau bersendiri meniti kehidupan

Kawan
disementara waktu sebelum itu
tidak ku bantah segala kemahuan
dan juga angan yang kau turutkan
aku faham setiap perasaan dan rasa
yang kau pendamkan,yang kau coretkan
disetiap kekecewaan

Kawan
aku dulu seperti kau
emosi memanipulasi segala minda kepandaian sendiri
sampai segalanya memakan
apa yang aku miliki sedia ada
fikir bukan seketika
bukan sementara cuma
masa depan itu penting seadanya
sabar itu penting
bukan sekelip mata ada segala

Kawan
susah senang biar bersama
keseorangan bukan jalannya
mungkin aku bukan sesiapa
penting untuk berkata
mengubah segala yang kau cipta
biarkan mereka ada kuasa
yang gila tamakkan harta
kabur mata sampai ke penghujung sisa
sakit terdiam diluar kata
sabar dan terusan usaha
ada disetiap rezeki dari yang maha esa

Kawan
dipengakhiran
aku ungkapkan
apa yang terbaik kau fikirkan
tidak semua kau perlu cuba
dan apa yang terburuk kau fikirkan
cuba satu daripadanya
setidaknya kau cuba
untuk mengetahui
belajar dari pengalaman silammu itu
akan membantu walau sedkit dikala
kau memerlukan

Sunday, June 27, 2010

Lintas Angkasa


Indah,perawan,cantik
Tidak terucap sesuatu yang indah
bagai terhenti waktu seketika
kaku
kosong
tiada rasa selain panorama
yang memenuhi ruang minda
semua
hampir mengelap kenyataan
dan realiti berdiri

Menusuk jiwa umpama
bidadari lembut membelai
hati sanubari yang kian kering
air kasih sayang

Terasa jatuh diruang angkasa
disinari bintang tujuh
menjadikan jauh disudut fantasi

Ingin menyentuh,memeluk,
tapi kejauhan,semakin jauh
terlintas bisikan
perit tapi benar
mengejut dari jauh kelalaian
mimpi tinggal mimpi
kenyataan itu dihadapi
yang hanya ilusi
pahit dimiliki
cuba untuk manis diingati.

Friday, June 25, 2010

Patuh


Satu persatu perlu diikuti
pertejemahan arahan yang
diolah menjeratkan individu
di dalam kelompok sendiri

Diatas sana mencipta
setiap tekanan menguji
kesabaran pengerak utama
tanpa nasib yang tiada hala tuju

Agenda yang tercipta
bertujuan menjaga
status dan karisma
kepentingan sendiri

Kenyataan keras disangkal
kepahitan gharus ditelan
mamah perlahan
bernada kuyahan

Kejayaan di mata kasar
walhal dalaman
terbiar memberontak
sesama sendiri

Untuk apa?
Nama?pangkat?
Darjat?
Mati kelak dibawa bersama?
memang setiap darinya hasil usaha
tapi bila semua berkuasa
terlupa,terleka
akan nikmat dunia menguasainya

Tidak sebenci sepuas hati
tetapi tidak semua lengkap
manusia tinggi mana dia berkuasa
tetap sama
aku,kau,dia,kita,mereka
membezakan luaran dan sifat umumnya
sahaja
Apa penting hormat
dan dihormati
terima seadanya

Demi bersama
sama membina
sama berjaya
aku bukan sempurna untuk berkata semua
jauh jarak keseluruhan
hanya cukup keadaan untuk di penghujung bulanan
hanya tersirat pandanganku
untuk meluah rasa
bersahaja tapi untuk semua
bagi manusia yang punya jiwa



Selamanya

Selamanya
Mata kau mencerminkan 1000 memeri
didalam ketidak sedaran melingkari
antara aku
Kita mencuba memahami dan mencari sebab
untuk satu ketika
aku serahkan segalanya untuk semua

Aku serah segalanya
tapi sampai bila?
aku serah semuanya
tapi sampai bila?

Kau nafas yang amat sempurna
melintasi sisi diri
kau tahu bila akan berakhir
kau tahu bila akan bermula
di dalam keselesaan
akan wujud satu persefahaman

Bila aku terjaga
penjanjian yang tidak akan ditepati
bila kau masih tersenyum
masih terbukakah hati ini?
Bila berada di pertegahan
semakin banyak yang mengaburi
penglihatan dan hati
sembunyi dalaman
apa punya
Rasa yang kau ciptakan

Wednesday, June 23, 2010

Gadis berhati kelabu bersama bibir merah jambu

Mimpi
itu pasti untuk manusia lain juga
sama
tapi pelbagai rupa

Lama menanti kesepian
tutup dan buka untuk seketika
mencari ruang-ruang untuk berlabuh
selama mana mungkin.

Tiba di awal yang penuh kehusyukan
lena sepuasnya tanpa bergetar
rongga dengan kekejaman malam
tanpa sedari indah seklai

Berlalu timbul ketika terleka
menyelinap indah di minda terasa
diluar jangkaan
diluar tuturkata
dua kali bersama
kini lain pertembungannya

Cukup indah
Cukup segala
tetapi aku tertarik
didalam zahirnya
merah semulajadi
kelabu dimataku
apa yang terjadi?
cuma terlihat bibir
semerah mawar yang mekar ketumbuhan

Masih tertanya
apa itu tersirat disebalik rahsia
di dalam kesedaran ku
lelah memikirkan
perlu tahu atau biarkan mati sahaja




Gitar dan mainan video

Apa yang kau rasa?
Ingatan kau berada di atas,
Bila kau mahu sembunyikan segalanya...
Lihat segala akan terjadi,
sepanjang hari berada di dalam botol
yang penuh kegilaan,
Bila kau mahu sembunyikan segala
cinta yang kau ada....

Apa yang kau rasa bila kita berlari bersama?
Lihat segala yang di nyatakan
di dalam botol yang penuh keraguan
bila kau mahu cinta dan bahagia
kau mencari aku
rumput berduri kita pijak
diatasnya bersama
kaca dari botol itu akan
menusuk segalanya
bila kau sembunyikan kematian
dan kuat untuk mencari cerita donggeng

cerita kan palsu
aku tulis segala
cerita kan ragu
aku tulis untuk cinta itu..

Tidak lagi sayangku
kesini dan menari
kita bermain gitar dan mainan video
untuk sekali

kenapa ikutkan arus pemodenan untuk segala?
beritahu aku ada sesuatu yang bodoh disitu
Kenapa ikutkan kata yang nista dan dusta?

Apa yang kau rasa?
ingat aku sentiasa di atas
bila kita terfikir ia akan menjadi besar
dan hebat

Mari kemari
menari di tengah lautan luas
kita bermain gitar untuk cara baru
kita bermain gitar dan mainan video
untuk sekali
sekali lagi
bersama


Nota: Tidak diatas akan kekal dan tidak juga dibawah selama.

Wednesday, June 9, 2010

Nilai

5 sen?10 sen?1 ringgit?
atau berjuta lemon melebihi
jari.
nilai apa?nilai aku?nilai kau?
tanya lagi?
cari sendiri.

Semalam,

Mata terletak,
Telinga terpasang,
Seperti di penghujung
yang sepatutnya melayari
mimpi.

diam terkaku tepu,
tertumpu pada kaca television
pada asalnya untuk bahan jenaka,ketawa
dari 1 persatu hingga terlekat
cerita melayu biasa2.

Fahamlah,kebiasaan tidak lari
dari tema cinta,darjat keturunan,
kaya miskin,samseng jalanan
serasilah dengan fikiran
masyarakat tempatan
mudah terima dan mudah lupa.

sedang leka entah mana fikiran,halus memasuki rongga telinga
dialog diamati berbunyi:

"Nak kawin dengan anak aku kena ada restoran besar,kereta besar,rumah besar,wang besar!!"

tidak kurang atau lebih ayat tersebut dinyatakan

Waaa..begitu ke?tiada apa-apa
tidak boleh miliki semua
kena kaya,baru boleh kahwin hidup
bahagia aman sentosa

kau yakin ke?dengan itu semua boleh gembira?
riang ria?beli itu ini ikut hati nurani?
cinta dan kasih sayang boleh beli?
kalau begitu kat kedai runcit ada jual tak?kat jusco ke?
tesco ke?mana tau ade promosi
nak jugak aku beli,dari sayang bercinta separuh mati
makan hati.

kau ingat mati bawak segalanya
wang besar,kereta besar,rumah besar
ada?ada bawak itu?
hey...kita sama
tuhan sentiasa ada
jangan kau fikir segalanya kau ada
kau boleh beli apa sahaja.

duniawi
nafsu menguasai segala
cinta dan sayang untuk dibeli entah berapa
nilai ringgit dan jutaan untuk
kebahagiaan...
senangnya kalau petik jari
jatuh dari langit turun itu ini

jangan
jangan
jangan cakap kalau la

petik la jari sampai patah
sampai lemah,
ada jatuh apa yang kau nak?
ada??

Penat,lelah
apa kena ke dengan aku?
apa yang aku lalui?
lantak la..

aku pun sama,
bukan betul sentiasa.
adat la..luaran semata-mata..
samapai lupa dalaman lagi penting
untuk bersama.

wat apa nak bising?nak meroyan?
nak marah?
tapi kenyataan,
sama.
Akan datangnya aku lalui,
sebab sudah rasa,
jauh beza aku dengan dia.

Sekarang cakap la
terima seadanya
akan datang?
apa sama janji dengan hati?

kau ingat aku mati
kalau tidak ada kau?
sebab sayang nak terus bersama?
pegi mampos la..bukan ko sorang
boleh bagi semuanya.

tidak suka ingat aku nak paksa?
silap la..aku bukan orang itu
nak aku peluk cium kaki kau?
untuk terima aku seadanya?

kau siapa?kau siapa?
pedulik la..aku punya
jiwa dengan rasa
kau tak nak rasa boleh pergi
ikut suka....ikut masa.


Tuesday, June 8, 2010

kita dua


kau sudah ku punya,
tapi hati tidak sama,
kenapa?mengapa?bagaimana?,
masih ingin bersama?

dulu..itu punya cerita,
sama suka,sama duka,
susah senang ada sahaja,
kau tetap ada,
senyum lebar berdua.

sekarang cerita sama sahaja,
aku juga kau ada,
cuma beza fikiran usia kita,
jauh jalan banyak citarasa,
tinggi cita-cita.

semua sudah kita rasa,
tinggal bahagia saja bersama,
kenangan..pengalaman kita berdua,
usah terleka dunia sahaja,
akhirat itu selamanya,
manis tertawa untuk cinta kita...

Dia punya jiwa kata

Manusia biasa dengan kata dan jiwa halus,
berilusi sepi,pilu,sempit,kotor
akan
fikiran sendiri

-TERIMA DAN KASIH-

Terima kasih tuhan yang esa,
Terima kasih emak dan Abah,
Terima kasih saudara-saudaraku,
Terima kasih kawan-kawan,
Terima kasih yang dicintai,

Terima kasih segalanya,
Terima kasih kenangan,
Terima kasih manis,masam,masin,
Terima kasih suka,duka,risau,gelisah,
Terima dan Kasih untuk semua yang
datang,pergi,masih...menunggu.

Selagi bernafas akan aku jaga,simpan,
kunci setiapnya.
Hanya manusia biasa dengan kata dan jiwa
pilu,perit,luluh
sebati seadanya.

Kehidupan membutuhkan kesemuanya
hilang setiap inci nilai kebiasaan manusia
yang lahirnya penuh kasih sayang
tapi atas nafsu segala terleka

-TRAGIS SI ANAK SEPI-

Bunyian halus diselangi jiwa ngeri,
tangisan mencari,dimana silap ini.

Kurniaan dirahmati,
bukan untuk dikhianati,
dibenci,
juga disakiti,
mana pergi hati dan nurani,
insan berhati keji.

Bukan itu mahunya si anak ini,
tidak mereka mengerti,
kenapa disakiti setiap hari,
si insan yang harus dihormati.

Bertukar menjadi hirisan benci dihati,
perginya dengan seribu mimpi,
tanpa rahsia lagi.


Monday, June 7, 2010


Salam kepada rakan-rakan serta sahabat handai mari hulurkan bantuan
melalui doa harian kita,semoga kekejaman zionis laknat
berakhir dengan hukuman yang setimpalnya
-amin-

DINDING BATU


Bercoretan luahan jiwa,

disetiap ruang yang kian menghijau,
mengharap secebis,
sisa harapan dan kebahagian.

Apa ada lagi bahagia?,
ada lagi gembira?,
luluh jiwa melihat
segala hilang sekelip mata.


Sampai bila derita,
mengusung hari mendatang?
untuk doa dan harapan,
sentiasa menemani.

Tangis derai hiba jiwa,
tiada maknanya senyum,
setiap detik berduka derita,
mana pergi keluarga tercinta?

Hanya pada yang esa dimohon,
segalanya...berharap dialah
memberi balasan dan hukuman
setimpal dengan kehilangan ini.