Wednesday, June 9, 2010

Nilai

5 sen?10 sen?1 ringgit?
atau berjuta lemon melebihi
jari.
nilai apa?nilai aku?nilai kau?
tanya lagi?
cari sendiri.

Semalam,

Mata terletak,
Telinga terpasang,
Seperti di penghujung
yang sepatutnya melayari
mimpi.

diam terkaku tepu,
tertumpu pada kaca television
pada asalnya untuk bahan jenaka,ketawa
dari 1 persatu hingga terlekat
cerita melayu biasa2.

Fahamlah,kebiasaan tidak lari
dari tema cinta,darjat keturunan,
kaya miskin,samseng jalanan
serasilah dengan fikiran
masyarakat tempatan
mudah terima dan mudah lupa.

sedang leka entah mana fikiran,halus memasuki rongga telinga
dialog diamati berbunyi:

"Nak kawin dengan anak aku kena ada restoran besar,kereta besar,rumah besar,wang besar!!"

tidak kurang atau lebih ayat tersebut dinyatakan

Waaa..begitu ke?tiada apa-apa
tidak boleh miliki semua
kena kaya,baru boleh kahwin hidup
bahagia aman sentosa

kau yakin ke?dengan itu semua boleh gembira?
riang ria?beli itu ini ikut hati nurani?
cinta dan kasih sayang boleh beli?
kalau begitu kat kedai runcit ada jual tak?kat jusco ke?
tesco ke?mana tau ade promosi
nak jugak aku beli,dari sayang bercinta separuh mati
makan hati.

kau ingat mati bawak segalanya
wang besar,kereta besar,rumah besar
ada?ada bawak itu?
hey...kita sama
tuhan sentiasa ada
jangan kau fikir segalanya kau ada
kau boleh beli apa sahaja.

duniawi
nafsu menguasai segala
cinta dan sayang untuk dibeli entah berapa
nilai ringgit dan jutaan untuk
kebahagiaan...
senangnya kalau petik jari
jatuh dari langit turun itu ini

jangan
jangan
jangan cakap kalau la

petik la jari sampai patah
sampai lemah,
ada jatuh apa yang kau nak?
ada??

Penat,lelah
apa kena ke dengan aku?
apa yang aku lalui?
lantak la..

aku pun sama,
bukan betul sentiasa.
adat la..luaran semata-mata..
samapai lupa dalaman lagi penting
untuk bersama.

wat apa nak bising?nak meroyan?
nak marah?
tapi kenyataan,
sama.
Akan datangnya aku lalui,
sebab sudah rasa,
jauh beza aku dengan dia.

Sekarang cakap la
terima seadanya
akan datang?
apa sama janji dengan hati?

kau ingat aku mati
kalau tidak ada kau?
sebab sayang nak terus bersama?
pegi mampos la..bukan ko sorang
boleh bagi semuanya.

tidak suka ingat aku nak paksa?
silap la..aku bukan orang itu
nak aku peluk cium kaki kau?
untuk terima aku seadanya?

kau siapa?kau siapa?
pedulik la..aku punya
jiwa dengan rasa
kau tak nak rasa boleh pergi
ikut suka....ikut masa.


No comments:

Post a Comment