Friday, June 25, 2010

Patuh


Satu persatu perlu diikuti
pertejemahan arahan yang
diolah menjeratkan individu
di dalam kelompok sendiri

Diatas sana mencipta
setiap tekanan menguji
kesabaran pengerak utama
tanpa nasib yang tiada hala tuju

Agenda yang tercipta
bertujuan menjaga
status dan karisma
kepentingan sendiri

Kenyataan keras disangkal
kepahitan gharus ditelan
mamah perlahan
bernada kuyahan

Kejayaan di mata kasar
walhal dalaman
terbiar memberontak
sesama sendiri

Untuk apa?
Nama?pangkat?
Darjat?
Mati kelak dibawa bersama?
memang setiap darinya hasil usaha
tapi bila semua berkuasa
terlupa,terleka
akan nikmat dunia menguasainya

Tidak sebenci sepuas hati
tetapi tidak semua lengkap
manusia tinggi mana dia berkuasa
tetap sama
aku,kau,dia,kita,mereka
membezakan luaran dan sifat umumnya
sahaja
Apa penting hormat
dan dihormati
terima seadanya

Demi bersama
sama membina
sama berjaya
aku bukan sempurna untuk berkata semua
jauh jarak keseluruhan
hanya cukup keadaan untuk di penghujung bulanan
hanya tersirat pandanganku
untuk meluah rasa
bersahaja tapi untuk semua
bagi manusia yang punya jiwa



No comments:

Post a Comment